Niqab: Pengalaman Berpurdah

Monday, March 28, 2016 1 Comments A+ a-

Assalammualaikum.

Aku nak sangat berkongsi apa yang aku pakai. Sebab dah lali orang tanya kenapa pakai ni. Family kau alim ka? Family kau ni terima tak kau pakai ni? Macam mana social life kau? Apa, bagaimana, kenapa semuanya mereka dok serang aku tanya benda tu. Aku pulak memang lelah hari-hari nak kena jawab. Okay, takpa. Selagi boleh jawab aku akan jawab. Tapi bila dalam keadaan memaksa, sorry babes. Aku tak mampu nak jawab. Kalau tak tahu, boleh tanya tapi mungkin lambat sebab aku letih. Baik kau tanya daripada kau dapat tahu daripada orang yang mana isi dalam penceritaan tu mungkin ada tokok tambah. Aku tak suka dan aku benci pada penceritaan yang ada tokok tambah. Sorry, aku pun macam kau ada macam-macam perasaan. Fitrah manusia kan?

First, ya aku sedar purdah ni atau nama femes dia niqab ni hanyalah sekadar sunat sahaja. Yang wajib kau kena dapat keizinan parents dulu sebab keberkatan tu ada pada mereka. Sia-sialah pakaian kau kalau parents kau tak izin. Yang pasti tunaikan yang wajib dulu baru mula dengan yang sunat. Jangan terlalu ikutkan trend masa kini. Kau nampak dia pakai, kau pun pakai. Tapi asas ilmu tu kau takda. Sia-sia jugak aku cakap kalau kau jadikan ia trend. Tapi tak kisahlah. Mungkin ianya trend tapi bila kita dah selesa in shaa Allah kau pun akan istiqamah pakai seperti mana kau pakai handsock dan stokin :)

Macam kes aku, family bukan datang dari latar belakang agama yang kuat. Setakat basic agama tu ada dan yang wajib alhamdulillah kami dapat tunaikan :) Abah biasa-biasa je dan mak pulak seorang ustazah. Kami saling melengkapi dan tak letakkan jurang di antara kami. Kalau Abah tak fasih Al-Quran dan mak tetap ajarkan Abah. Abah tak malu nak belajar. Bukan tak pandai langsung cuma tajwid kadang-kadang lari sikit :') Alhamdulillah, kami okay.

Ada jugak family yang datang dari latar belakang agama ZERO! Yang ini aku pernah ada seorang sahabat. Family dia hidup biasa-biasa dan basic agama tu kadang-kadang memang jauh nak kejar. Jenuh dia nak bimbing family dia balik dan ada hari dia memang nak GIVE UP. Dia tak nangis tapi aku sedar jiwa dia tengah merana. Dia seorang je yang alhamdulillah dipilih Allah untuk terus bimbing family dia walau rasa nak FED UP! Doakan!

Berbalik pada point aku yang pertama, minta izin. Aku memang dah gugup nak tanya parents dan rasa macam nak lari dari kenyataan padahal belum tanya apa-apa pun lagi. Aku dari awal memang dah susun ayat nak bagi mak dan abah faham apa yang aku nak. Betul, kita berniqab pun kena ada ilmu. Bukan sekadar pakai tapi nak bagi lekas faham soal pemakaian sunnah ni.

Okay jujur cakap, pada mulanya aku tak anggap niqab ni pakaian sunnah sebab aku pakai bukan dengan niat tu. JUJUR! Kalau kau tanya niqabis diluar, apa sebab UTAMA dia memakai? Ada segelintir tapi kebanyakkan belum ada jawapan untuk itu. Kalau nak sebut detail pun gamaknya tak cukup satu page. Betul tak bohong.

Jadi bila dah minta kepastian parents nak pakai, diorang okay je alhamdulillah. Walaupun diorang bagi je pakai tapi aku tetap takkan pakai depan family lain means pak sedara mak sedara sepupu kedua-dua belah pihak. Why? Sebab tadi lah. Masing-masing dalam kategori latar belakang berlainan. Aku takkan paksa untuk diorang terima pakaian aku dan untuk jaga hati semua aku takkan pakai. Nampak macam aku memainkan? :'D

Aku tak suka kalau pakaian aku tu buat orang lain rasa jauh hati means rasa macam ada jurang di antara kami. Takut mereka tak rapat lagi sebab mereka anggap aku ni dah lain. Dah alim warak semua takut nanti diorang buat mistakes aku sesenang jatuh hukum pada diorang. Sigh. . .

Tapi kalau diorang benci pada pakain aku, aku takkan berkompromi! Ini pakaian aku! Aku pilih dan aku tahu ianya baik untuk aku. Doakan! Aku tak akan paksa untuk diorang terima dan aku tak nak pisang berbuah dua kali. Aku memang tak nak ingat pun peristiwa tu dan dengan tu dulu aku slow n slow berubah jadi macam diorang. Rasa macam plastik dan tak guna! Astaghfirullah :'(

Tapi aku syukur sangat-sangat ada family yang memahami.

Abah on je. Abah memang sporting. Selagi benda tu boleh pakai dan bawa nama baik abah sampai bila-bila, abah izinkan dan sangat-sangat dialukan. Mak pun sama. Mak cakap, "Pakailah nak pakai pepun. Awak nak pakai bukan mak. Janji tutup aurat." huhuhu thanks both of you :')

Asalnya aku pakai sebab aku kena jumpa dengan customer. Aku punya level confident tu kau mampu rate berapa aku punya. Ya, sangat low! Sampaikan nak beli minyak mak suruh pun aku rela pass pada adik. Aku malu dan tersangat malu. Jadi aku cari solution dia and yes I found it!

Niqab!

Ya ya kau mesti nak cakap aku ni hipokrit and so on. Terima kasih.

Ya aku mengaku aku pakai sebab ia. Macam aku jelaskan kat atas aku pakai bukan atas niat untuk sunnah tapi nak jaga my level confident and ya aku rasa dah sampai masanya sebab memang dah lama tersimpan hasrat nak pakai.

So how?

Alhamdulillah, sampai sekarang aku punya level confident tu dah boleh nak rate tinggi-tinggi dah :D Aku berubah bukan dalam tempoh sekejap. Lama jugak nak bagi stabil my level confident. Ambil masa dalam 3 bulan. Yes, 3 bulan. Apa yang kau expect?

Jadi, apa langkah seterusnya?

Aku bersedia untuk semuanya. Kalau ada, ada.

In shaa Allah, jika kau permudahkan urusan-Nya, pasti Dia akan mudahkan urusan kau jugak. Aku doakan kau pun akan dapat tunaikan apa yang aku tunaikan untuk sesiapa yang dalam proses mencari keberanian dan keyakinan nak pakai niqab. Aku ulang ianya bukan trend tapi ianya satu step untuk kau behave dengan diri sendiri.

Till then,
AGL saranghae 

1 arigato ♥:

Write arigato ♥
Anonymous
AUTHOR
23 May 2016 at 14:58 delete

Assalamualaikum,

Saya juga baru hendak berpurdah. Baru2 ini saya dah minta izin dari ibu dan ayah. Alhamdulillah respons mereka positif cumanya mereka turut tidak membenarkan saya memakai purdah di hadapan selain keluarga nuklear. Berlainan dengan saudari, saya berniat nak pakai purdah sebab saya jenis overconfident. Bukan riak tp kdg2 bila kawan tegur saya ni over, segan juga. Jadi niat pakai purdah ni ada pelbagai, seperti solat mula2 kita paksa lama lama kita rela dan lagi lama kita x sabar nak buat. Saya mendoakan saudari dpt kekal dgn kain kecil ini. Terima kasih juga diatas blog ini. Saya secara terus terang masih ragu2 sbb byk blog lain menyuruh tajdid niat kerana Allah. Saya tahu niat masih belum betul tp saya memakai purdah sebab saya yakin pakaian yg disuruh dalam agama boleh mengajak kita pada kebaikan. Apabila jumpa post saudari saya bersyukur, sbb ad org lain yg tidak strict dengan niat pemakaian purdah. Doakan sy juga agar dpt istiqamah.

Reply
avatar

Terima kasih thank you syukran arigato hait! ♥