Henshin

Sunday, March 27, 2016 1 Comments A+ a-

Assalammualaikum.

Aku tak kisah apa pandangan orang mengenai perubahan kita. Yang nak berubah itu kita bukan orang lain. Lantaklah apa orang fikir janji kita buat sesuatu yang menggembirakan kita dan bukan kita selalu kena ikut pandangan orang. Dapat sesuatu ? =D

Aku memang tak ambil kisah pandangan orang atau kutukan keji orang pada aku.

Ini pakaian aku. Baik atau buruk , aku yang pilih. Dan semestinya yang baik itu pakaian yang baik. Betul atau betul ? =D

Tak kisahlah kau nak pakai apa janji yang satu tu kau penuhi. Apa? Aurat. Bila yang lain dok fikir pakaian apa yang sesuai, tanya diri sendiri. Pakaian apa yang melambangkan kebaikan pada kita dan mendatangkan faedah pada orang lain.

Contoh?

Kau pakai baju singlet then keluaq pi pasar. Pakai short dan top je. Kau selesa tak orang dok pandang kau? Kau anggap benda tu normal tak? Yes. Sesetengah orang anggap benda tu normal dan selesa sebab diorang dah biasa.

Okay, kalau kau selesa, kau ghase kau mampu cover dosa kau sekali dengan dosa orang yang pandang kau? Pengiraan macam ni. Kau memang dah ada seguni emas. Tapi sebab kau 'tamak' kau tambah lagi seguni emas. So dah berapa guni emas? Yup, dua guni emas. Berat tak emas? Yup, berat. Emas tu bernilai tak? Yup, orang 'gila' je tak tahu nilai emas tu banyak mana. Okay dapat sesuatu ? =D Tapi emas tu bukan dosa. Malah boleh jadi emas tu pahala. Dapat tak?

Aku memang tak kisah macam mana orang nak tafsir pemakaian kita.

Boleh jadi hari ni kau seksi dan tak mustahil esok kau dah berubah. Tak percaya? Please ramai yang macam tu sebab apa? Sebab hidayah tu milik semua dan bila-bila masa je Tuhan dah bagi. Cuma yang tinggal kau kena grab cepat-cepat taufik Allah. Nampak sesuatu? =D

Entah, kita ni bukan untuk jadi hakim nak jatuhkan hukum sesedap ghase tekak kita. Kau jatuhkan hukum pada seseorang bermakna kau tak sayang aib kau. Opss! Aib perlu ke kita sayang? Bagi aku, aku sayang aib aku. Why? Sebab aib ni boleh jadi positif dan akan nampak macam negatif. Hakikatnya, apa yang akan jadi? Oh sudah tentu tuan badan sendiri yang pilih. Allah dah tutup aib kita? Alhamdulillah, Allah sayang kita :) Yang geletis nak buka aib tu dah kenapa? Faham sesuatu? ")

Jadi, sebagai seorang berhijrah, apa yang kita perlu buat?
Tanya diri sendiri. Apa yang kau perlu buat. I have my own answers. Kau nak? Pilih sendiri. Nasib kau dan aku tak sama. Rambut hitam sama-sama tapi hakikatnya kau ada pendapat kau sendiri.

Till then,
AGL saranghae